Tarikh dan masa yang sesuai tu penting supaya plan korang yang seterusnya berjalan lancar. Kebiasaannya kita pilih hujung minggu di mana tetamu kita boleh hadir.
Lokasi ni memainkan peranan sebenarnya dalam penentu tetamu korang akan datang atau tidak. Korang juga kena consider lokasi yang korang nak buat refer kepada bajet masing-masing. Nak lagi jimat, boleh buat dekat rumah. Sewa khemah dalam 1-2 bajet around RM200-RM300. Bagi yang berkemampuan nak buat tempat yang lebih selesa, atau tak nak menyepahkan dan kemas balik rumah korang tu, boleh consider untuk pilih dewan atau event space. Sekarang ni agak femes untuk adakan sebarang majlis di event space. Berikut adalah senarai event space sekitar Klang Valley. Sorry tak dapat provide URL. Please google k. If tak nak keluar bajet, please buat dekat rumah, lebih jimat kos & masa.
B. Ruang Subang Jaya
C. We are House Event Subang Jaya
D. Disenar Event Space Setapak
E. Flat Above Foodsburry Shah Alam
F. Petak Event Space
G. Laman 83 Shah Alam
H. Cabana Event Space Damansara
RUANG Shah Alam Ehsan: Google |
Bila korang dah cater berapa ramai jemputan, then senang untuk korang listkan menu makanan untuk jumlah tetamu itu. Kena ingat, prepare makanan biar lebih, jangan kurang. Kesian tetamu yang datang balik dgn perut kosong pulak. Korang digalakkan untuk hidang makanan yang orang dewasa and kanak-kanak boleh makan contohnya nasi ayam, bihun, spagetthi. Then sediakan 2 - 3 jenis kuih dah memadai. Masak sendiri kalau boleh untuk lebih jimat. Kalau rasa bajet tu besar, order katering aja lah.
Bab tema ni memang excited. Kekadang mak ayah yang terlebih excited pilih tema dari anak-anak. yelah, anak kecik lagi, kurang mengerti. Tema ni lah kita boleh gunakan untuk whole concept birthday party lagi-lagi untuk hiasan candy buffet, doorgift, kek & kad jemputan.
For boy:
A. Superheroes
B. Power Rangers
C. Thomas & Friends
D. Mickey Mouse
E. Barney & Friends
F. Robocar Poli
G. Upin & Ipin
H. Boboi Boy
I. Tobot
J. Ultraman
A. Minnie Mouse
B. Hello Kitty
C. Princess Fairytales - Cinderella, Snow White, Rapunzel etc.
D. Frozen
E. Dibo The Gift Dragon
F. Sofea the First Princess
G. Elmo & Friends
H. Didi & Friends
Ballerina's Invitation Card Ehsan: Google |
Fondant Cake Ehsan: Google |
Princess Candy Buffet Ehsan: Google |
10. Dekorasi
Dekorasi ni pun part of candy buffet. Kalau terasa nak lawa kan sangat majlis tu, hias dengan helium balloon, balloon arch, banner etc. Ini untuk kepuasan korang saja. Beli dan buat sendiri pun boleh. Bila beli sendiri ni kita boleh control bajet.
Ni contoh ye. Jangan terpengaruh pulak. hehe Ehsan: Google |
11. Doorgift
Party pack yang bajet. Boleh DIY sendiri Ehsan: Google |
13. Aturcara Majlis
Program majlis ni penting untuk korang bahagikan masa korang untuk jemput tetamu yang hadir. Kalau korang ada buat aktiviti waktu birthday nanti, penting untuk korang tentukan pukul berapa majlis bermula, cutting cake & games. Digalakkan masa makan tak ambil masa yang lama. Sambil makan sambil bermain pun takpe.
14. Photographer
Photographer ni perlu ke? Perlu kalau korang rasa nak abadikan moment manis birthday anak korang yang setahun sekali tu. Tapi nak hire photographer murah untuk cover event ni bukannya murah. Kalau rasa korang sendiri tak sempat nak tangkap gamba waktu birthday tu nanti, minta tolong keluarga terdekat untuk ambil gambar. Tapi rasanya tak perlu risau kot. Mesti ada juga keluarga or kawan-kawan yang ambilkan. Lepas habis majlis, korang minta je dekat kawan-kawan tu. Mesti ada.
Do & Don't in Planning Birthday Party
1. Jangan last minute plan nak buat majlis, sebabnya korang akan lebih overspend waktu ni. Korang cari barang yang lebih dekat tapi mahal sebenarnya. Seeloknya research cari dekat mana boleh dapat barang-barang yang murah2. Consistent dalam pemilihan tema. Jangan caca marba punya warna ok. Kita ni kekadang kesian dengan customer. Bila request warna lain. Sampai event day warna lain temanya. Kanopi color lain, doorgift lain, kek lain. Hmmmm....
3. Limitkan tetamu jemputan. Dah cakap tadi, jangan jemput tetamu macam buat kenduri kahwin pulak ye. Larat ke korang nak melayan?
4. DIY. Buat semuanya sendiri. Lebih jimat dan puas hati. Setakat jemputan 100pax tu In Shaa Allah boleh buat sendiri kan?
5. Pilih tarikh yang bersesuaian. Contohnya, jangan buat waktu season orang balik kampung or musim hujan atau berjerebu. Waktu-waktu begini tetamu agak tak gemar untuk keluar and they prefer to stay at home. Ada pengalaman, customer buat waktu jerebu, tak ramai tetamu datang.
p/s: Kalau ada rezeki lebih boleh jemput adik-adik tahfiz buat bacaan doa selamat, ataupun raikan bersama di rumah anak-anak yatim. Sekali sekala berkongsi rezeki dengan anak-anak ini :)